1. Musa Ibrahim Al-Fazari (796-806 M)
Definisi Astronomi
Dari Segi Bahasa dan
Istilah :Astronomi dari segi bahasa etimologi membawa maksud peraturan
bintang yang merupakan cabang sains yang melibatkan pembelajaran jasad
cakerawala seperti bintang, planet, komet-komet, nebula, gugusan bintang
dan galaksi yang menghasilkan fenomena-fenomena yang berasal dari luar
atmosfera bumi. Astronomi adalah istilah yang berasal dari bahasa
Inggeris astronomy merupakan perkataan Yunani, iaitu astro(star atau
bintang) dan -nomy daripada nomos (law/culture/peraturan) membawa maksud
peraturan bintang - "law of the stars". Selain itu, astronomi juga
sering dikaitkan dengan astrofizik.
Menurut Islam : Ilmu
astronomi juga dikenali sebagai ilmu falak menurut Islam. Falak’ berasal
daripada perkataan Arab, bermaksud bulatan langit, lengkung langit,
cakerawala. ‘Ilmu’ pula juga berasal daripada perkataan Arab, bermaksud
pengetahuan, kepandaian, kepakaran, keahlian, kemahiran, kebijaksanaan,
kepintaran, pelajaran, pendidikan, seni, sains. Al-Quran menggunakan
perkataan ‘falak’ yang ditafsirkan sebagai garis peredaran, atau sebutan
kini ‘orbit’.
Beberapa tokoh dan
sarjana Islam memberikan definisi kepada ilmu ini. Salah seorang
daripadanya ialah As Shafa yang mendefinisikan ilmu astronomi ini
sebagai ilmu untuk mempelajari suria, bintang, buruj, jarak, saiz dan
gerakan jasad-jasad. Di samping itu, tokoh sarjana Islam yang turut
mendefinisikan ilmu astronomi atau ilmu falak ini adalah Ibnu Khaldun.
Beliau mendefinisikan ilmu astronomi adalah ilmu yang berkaitan dengan
gerakan dan peredaran bintang-bintang yang tetap. Dari gerakan dan
peredaran bintang ini dapat diketahui bentuk dan kedudukannya melalui
hitungan gerakannya yang dapat dilihat dengan cara metrik.
Astronomi di dalam Al-Quran
Al-Quran telah
menjelaskan bahawa seluruh kandungan alam semesta penuh dengan
tanda-tanda kekuasaan Allah, dan hanya manusia yang berilmu sahaja yang
dapat mengamati dan memahaminya. Astronomi mempunyai hubungan yang
sangat erat dengan masalah-masalah ibadah seharian dalam Islam. Perkara
ini diterangkan dengan terperinci di dalam ilmu falak syarie. Ilmu ini
menjelaskan tentang kemajmukan langit dan bumi dan juga merupakan salah
satu ilmu yang tertua daripada semua ilmu pengetahuan alam.
Al-Quran memberikan
perhatian khusus terhadap ilmu Astronomi. Banyak ayat-ayat al-Quran
menceritakan perihal Astronomi. Ia memberi ruang kepada manusia untuk
menghayati kebesaran Allah yang jelas terbukti dari wujudnya
bintang-bintang, planet-planet, matahari dan bulan dengan segala bentuk
dan sifatnya.
Terdapat beberapa potongan ayat Al-Quran yang menceritakan berkaitan keindahan ilmu astronomi :
• Al-Quran menuntut manusia supaya memerhati langit, firman Allah Subhanahu wa ta’ala . dalam surah Qaaf; ayat ke 6 :
Maka tidakkah mereka
memandang ke langit yang ada di sebelah atas mereka, bagaimana kami
membinanya (dengan rapi) serta Kami menghiaskannya (dengan
bintang-bintang) dan dengan keadaan tidak ada padanya retak renggan
sedikit pun?.
Penciptaan Langit Sebagai Satu Entiti :
Keserasian dan
kesempurnaan ciptaan Allah menurut al-Quran adalah sebagai lambang bagi
tanda-tanda kekuasaan Allah, sesuai dengan firmannya dalam beberapa
surah mengenai ciptaan 7 lapisan langit. Angka 7 tersebut merupakan
suatu angka yang simbolik.
Maksud firman berikut menerangkan parihal penciptaan langit:
• Surah al-Mulk; ayat 3-4:
“Dialah yang telah
mengaturkan kejadian tujuh petala langit yang berlapis-lapis, engkau
tidak dapat melihat pada ciptaan Allah yang maha Pemurah itu sebarang
keadaan yang tidak seimbang dan tidak munasabah: (jika engkau ragu-ragu)
maka ulangilah pandangan (mu).. dapatkah engkau melihat sebarang
kecacatan?”
• Surah al-Baqarah; ayat ke 29:
“Dialah (Allah) yang
menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi, kemudian Ia menuju
dengan kehendakNya ke arah (bahan-bahan) langit, lalu dijadikannya tujuh
langit dengan sempurna, dan Ia maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. ”
BIODATA Ibrahim al-Fazari al-Munajjam
Ibrahim al-Fazari
al-Munajjam merupakan tokoh yang hebat dalam bidang astronomi dan
matematik yang paling awal di dalam dunia Islam. Nama sebenar beliau
ialah Abu Abdallah Muhammad ibn Ibrahim ibn Habib al-Fazari. Ayahnya
bernama Ibrahim Al-Fazari yang juga merupakan seorang tokoh astronomi
dan matematik yang terkenal. Al-Farazi menetap serta berkarya di
Baghdad, Irak, ibu kota kekhalifahan Abbasiyah.
Muhammad bin Ibrahim
al-Fazari bersama ayahnya, Ibrahim al fazari, merupakan seorang ahli
matematik dan astronomi di istana khalifah Abbasiyah, di era khalifah
Harun al-Rasyid. Ia menyusun berbagai jenis penulisan astronomi.
SUMBANGAN Ibrahim al-Fazari al-Munajjam
Sepanjang
kebersamaannya dengan Ya’qub ibn Thariq dan ayahnya, beliau membantu
menterjemahkan teks astronomi India oleh Brahma gupta (abad 7 M), Brahma
Sphuta Siddhanta, ke dalam bahasa Arab sebagai Kitab al-Zij `Ala Sini
al-`Arab (Tabel Astronomi Berdasarkan Penanggalan Bangsa Arab) atau
kitab Sindhind. Buku ZÄ«j al-sindhind adalah karya yang terdiri dari 37
simbol pada kiraan kalender astronomi dan 116 tabel dengan kalender,
astronomi dan data astrologi sebaik data yang diakui sekarang.
Kitab ini
dipersembahkan oleh Mauka seorang ahli ilmu bintang yang didatangkan
dari India. Buku ini menjadi panduan utama kepada orang-orang Arab dalam
pengkajian ilmu falak hingga ke zaman al-Makmun. Buku terjemahan
al-Fazari itu telah disalin sebahagiannya ke dalam bahasa Latin pada
abad pertengahan oleh Johannes de Luna Hispakusis. Buku terjemahan itu
telah dipergunakan oleh Universiti Eropah untuk mengajar ilmu bintang.
Dari sinilah orang-orang Barat mula mengetahui benda-benda di
cakerawala.
Menurut Ehsan Masood,
penterjemahan Sindhind sangat berharga. Bukan hanya kerana wawasan
astronominya tapi juga sistem penomboran India, Kalpa Aharganas dengan
pengiraan tahun Hijrah Arab. Al Fazari menunaikan tugas dengan baik.
Ungkap Ehsan Masood dalam bukunya "Ilmuwan Muslim Pelopor Hebat di
Bidang Sains Modern", saat itu telah menguasai astronomi sehingga di
bawah arahan khalifah langsung beliau mampu menerjemahkan dan menyadur
teks astronomi India kuno yang sangat teknis tersebut. Selain itu, karya
al Farazi telah mencantumkan daftar negara-negara di dunia dan
dimensinya berdasarkan perhitungan tabel. Hasil kerja Al Farazi melalui
penterjemahan mengenalkan sistem penomboran tersebut ke dunia Arab.
Sehubungan itu,
al-Fazari juga telah menghasilkan buku-buku panduan yang lain dalam
membantu ahli falak dalam usaha mempertingkatkan kajian bidang
astronomi. Antara buku ilmiah dalam bidang astronomi hasil beliau selain
Kitab al-Zij `Ala Sini al-`Arab adalah Kitab al-Qasidah Fi ‘Ilm
al-Nujum dan Kitab al-Miqyas lil Ziwal. Seterusnya, beliau turut
menghasilkan jadual-jadual yang sayngat berguna dalam bidang ilmu
falak.
Di samping itu,
Al-Fazari menerjemahkan beberapa literatur asing ke dalam bahasa Arab
dan Persia. Bersama dengan beberapa cendekiawan lain seperti Naubakht,
dan Umar ibnu al-Farrukhan al-Tabari, beliau telah meletakkan
dasar-dasar ilmu pengetahuan di dunia Islam. Antara ciptaan beliau yang
paling terkenal di zaman teknologi Islam ialah Astrolab.
ASTROLAB
Astrolab planisferis
merupakan mesin menghitung analog pertama, difungsikan sebagai alat
membantu astronomi untuk menghitung waktu terbit dan tenggelam serta
titik kedudukan matahari dan bintang serta benda langit lainnya pada
waktu tertentu. Astrolab menjadi instrument paling penting yang pernah
dibuat. Astrolab menjadi instrument dalam penentu posisi pada
pertengahan abad.
Astrolab merupakan
model alam semesta yang boleh digenggam sekaligus jam matahari untuk
mengukur tinggi dan jarak bintang. Chaucer dalam “Treatise in the
Astrolabe” menyatakan bahawa Astrolab kemudian menjadi alat navigasi
utama, hanya dalam beberapa bulan setelah ditemukan Astrolab oleh Al
Farazi, kemajuan astronomi meningkat cepat.
Selain daripada itu,
astrolab memainkan peranan penting dalam pencapaian bidang astronomi
oleh umat Muslim. Seorang astronomer bernama al Sufi berhasil
memanfaatkannya dengan baik. Al Sufi mampu menghasilkan astrolab yang
berfungsi dalam pelbagai bidang yang berbeza seperti astronomi dan
astrologi. Ianya dapat digunakan termasuk meramalkan kedudukan matahari,
bulan, planet, dan bintang-bintang. Dalam dunia Islam, astrolab
digunakan untuk menentukan waktu matahari terbit dan naik dari
bintang-bintang, dalam membantu menentukan arah kiblat dan mengenal
pasti jadual solat.
Pada abad ke-13,
karya ini ditemukan kembali oleh penjelajah dan ahli geografi Muslim
bernama Yaqut al-Hamawi dan al-Safadi. Keghairahan dan kemahuan para
sarjana Muslim belajar daripada tradisi ilmu lain serta sokongan penuh
dari pemerintahan menjadi kunci keberhasilan dalam memajukan ilmu
pengetahuan di dunia Islam. Antara astrolab bertarikh terawal yang masih
bertahan bertarikh 315H (927/8 M).
CADANGAN DAN KESIMPULAN
Rumusan daripada
keseluruhan tajuk Abu Abdallah Muhammad ibn Ibrahim ibn Habib al-Fazari,
terdapat beberapa pengajaran yang boleh diperolehi melalui kisah -
kisah beliau. Antaranya, kita dapat memahami konsep perjuangan Islam
yang sebenar. Jika ada yang menganggap perjuangan Islam adalah
peperangan semata-mata, maka menjadi tugas kita untuk memperbetulkan
salah faham itu bahawa pada hakikatnya peperangan hanyalah bentuk jihad
yang diwajibkan untuk mempertahankan diri dan maruah dalam keadaan
dizalimi, dimusuhi atau dihalangi daripada berdakwah. Oleh itu,
perjuangan Islam umat Islam juga perlu memahami konsep jihad dalam
pengertian yang luas dan tepat.
Jika kita menghayati
betul-betul kisah atau sirah dari tokoh Islam yang hebat ini ilmu juga
termasuk dalam katogeri jihad. Hal ini kerana, ilmu sangat penting dalam
kehidupan umat manusia. Dengan mementingkan, seseorang itu dapat
menyelamatkan diri dari bahaya dan khianat manusia selain dapat
menyenangkan urusan kehidupan seharian. Contoh tokoh yang boleh kita
jadikan idol selain Rasulullah ialah Ibrahim al-Fazari al-Munajjam.
Beliau adalah tokoh
Islam yang sangat mementingkan ilmu. Dengan berkat ilmu beliau, beliau
berjaya mencipta alat yang memudahkan urusan kehidupan seharian.
Antaranya, astrolab. Kegunaan astrolab adalah untuk menghitung waktu
terbit dan tenggelam matahari serta titik kedudukan matahari dan bintang
serta benda langit lainnya pada waktu tertentu. Di samping itu,
kegunaan lain astrolab dalam dunia Islam ialah untuk menentukan waktu
matahari terbit dan naik dari bintang-bintang, dalam membantu membuat
jadual solat.
Seterusnya, beliau
juga berjaya menjalankan tugas dengan baik apabila beliau dapat
menterjemah kitab Sindhind ke dalam bahasa Arab Az-Zij ‛ala Sini
al-‛Arab(Tables of the disks of the astrolabe) yang dipersembahkan oleh
Mauka seorang ahli ilmu bintang yang didatangkan dari India. Buku ini
menjadi panduan utama kepada orang-orang Arab dalam pengkajian ilmu
falak hingga ke zaman al-Makmun. Selain daripada kitab Sindhind, beliau
turut menghasilkan beberapa buku panduan berkaitan ilmu astronomi bagi
rujukan para umat manusia iaitu Kitab al-Qasidah Fi ‘Ilm al-Nujum dan
Kitab al-Miqyas lil Ziwal.
Jika kita amati
betul-betul kisah mengenai tokoh ini, astronomi memberi ruang kepada
para penyelidik dan ilmuan yang mendalaminya bagi meningkatkan darjah
keimanan. Para tokoh dan sarjana Islam terdahulu, menggunakan kelebihan
ilmu yang mereka ada dengan mencipta sesuatu benda bagi memudahkan umat
manusia. Akan tetapi, saintis atau paling tepat sekali orang-orang yang
bijaksana pada zaman sekarang kebanyakan menggunakan kelebihan yang
mereka ada untuk mencipta sesuatu benda hanyalah semata-mata demi
mendapat pujian daripada makhluk Allah atau ada di antara mereka yang
mencipta benda-benda canggih kerana ingin menjatuhkan sesuatu umat
manusia yang lain. Hal ini menunjukkan bahawa umat manusia zaman
sekarang kurang sifat kasih sayang sesama umat dan mempunyai sifat tamak
yang menguasai diri.
Akhir sekali, orang
Islam seharusnya berganding bahu memulihkan imej mereka di mata dunia
dan mampu pula menjadikan mereka umat yang terbaik. Dengan segala
kekayaan yang ada pada bumi Islam, orang Islam mampu untuk berusaha dan
bekerjasama untuk menghasilkan teknologi yang diperlukan. Oleh itu,
orang Islam perlu kembali sepenuhnya kepada ajaran Islam yang murni
tersebut. Islam sangat menekankan supaya kebesaran Allah itu dapat
dihayati dengan memerhati dan mengkaji alam ini. Akhir sekali, marilah
kita bersama-sama berjihad ke jalan Allah untuk menegakkan agama Islam
dan untuk memelihara kesucian agama Islam.
BIBLIOGRAFI
1. Masood, E. (2015). Science and Islam. London: Bloomsbury Academic
2. Al-Quran, Y. P. Al-Quran dan Terjemahan Rasm Uthmani. Jakarta.
3. Rahman, S. A. (2011). 25 Cendekiawan Islam oleh Shafie Abdul Rahman. Kuala Lumpur: Must Read Sdn Bhd.
Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
013-400-6206, 011-1070-4212
Nah, terbukti bahwa ternyata Islam juga kaya dengan ilmuwan-ilmuwan muslim yang tidak hanya berpengaruh di dunia Timur tapi juga di dunia Barat. Bahkan penemuan-penemuan para ilmuwan muslim tersebut masih menjadi sumber rujukan ilmu pengetahuan di masing-masing bidang sampai sekarang. Ayo, para pemuda-pemudi muslim jangan mau kalah dengan ilmuwan zaman dahulu yang sangat hebat dan masyhur itu, loh.
0 komentar:
Posting Komentar