Pada Hari ini Pondok Pesantren dikunjungi oleh pak Eko Suprihatin General Manager PT BJAP I, beserta jajarannya dalam acara safari Ramadhan. Acara dibuka oleh sambutan dari General Manager PT BJAP I ( PT BEST AGRO ), yang merupakan salah satu Perusahan Kelapa Sawit yang ada di sekitar Desa Pembuang Hulu Kecamatan Hanau Kabupaten Seruyan Provinsi Kalimantan Tengah.
Selanjutnya pengasuh Pondok Pesantren Hidayatus Saalikin KH. Ahmad Fauzi memberikan sedikit tausiah mengenai "mendapatkan kebahagian" berdasarkan sebuah hadist Rasululloh SAW. berikut kutipannya :
Setiap manusia inginkan kebahagiaan dalam kehidupan. Tanpa
kebahagiaan hidup manusia seolah-olah hilang keselesaan dan
kesempurnaan. salah satunya adalah Istri yang baik dan sholehah
Wanita yang baik adalah wanita solehah yang memiliki ciri-ciri isteri dan ibu yang solehah.
Wanita
solehah sentiasa menghiasi diri dengan akhlak Islam dan sifat-sifat
terpuji yang boleh melindungi dirinya dari kemurkaan Allah S.W.T.,
bersedia menjadi isteri yang taat kepada suami, berfikiran positif dan
sentiasa menjaga kehormatan diri, menjaga harta suami dan meneruskan
proses tarbiyyah keatas anak-anak ketika ketiadaan suami di rumah.
Wanita
solehah juga pandai mengemas dan menghias rumah. Pandai menguruskan
perbelanjaan keluarga dengan cara yang cermat dan tidak boros. Pandai
mengambil hati suami dan anak-anak dan tahu menyediakan menu makanan
yang baik untuk keluarga.
Wanita
solehah bersedia menjadi ibu misal mendidik anak-anak hingga menjadi
anak-anak yang soleh dan solehah. Sentiasa meniupkan semangat jihad,
menanamkan asas-asas Islam dan akidah Islam dalam jiwa anak-anaknya.
Bersabar
menghadapi kenakalan anak-anak dan sentiasa menwujudkan bias solehah di
dalam rumah hingga menjadikan "rumahku, syurgaku". Dari sinilah akan
melahirkan Baitul Muslim dan seterusnya masyarakat Islam dan Daulah
Islamiyyah.
Sabda Rasullah s.a.w: “Dunia itu adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan dunia ialah wanita yang solehah.”
(Hadis Riwayat Muslim)
Agama
merupakan faktor terpenting dalam mendapatkan kebahagiaan rumah tangga.
Namun, tidak ramai di kalangan umat manusia pada zaman ini yang
meneliti dan mengambil faedah daripada panduan agama dalam memilih calon
isteri. Ramai di kalangan kita yang masih tidak menyadari bahwa faktor
ini merupakan salah satu hal penting yang akan memberikan kebahagiaan dan keuntungan dunia dan akhirat.
Wanita
yang beragama sentiasa mentaati Allah dan Rasul-Nya. Menjaga maruah
diri dan ibu bapa, menundukkan pandangan di hadapan lelaki yang bukan
mahram, berusaha menuntut ilmu, memahami dan mengamalkan apa yang
difahaminya. Sentiasa bertaubat dan mendekatkan diri kepada Allah dengan
melakukan pelbagai amalan wajib dan sunat.
Wanita yang
terdidik dengan agama akan sentiasa memastikan dirinya bersih, terkemas apik dan
cantik. Ini kerana agama memerintahkan dia melakukan demikian. Semua
itu dilakukan ikhlas kerana Allah berserta keyakinan bahwa dia akan
dibalas dengan pahala di sisi Tuhannya.
Dia sentiasa
memelihara diri dan menutup aurat dari pandangan lelaki yang bukan
mahram. Percakapan yang lembut dan tepat seringkali menjadikan dirinya
disukai dan disayangi oleh siapa saja yang mengenalinya. Masa yang
terluang sentiasa dipenuhi dengan aktivitas yang berfaedah demi
kebaikan diri serta agama.
Isteri solehah adalah idaman
setiap suami yang soleh. Bila suami memandangnya terasa sejuk hati suami
dan terbina rasa kasih dan sayang. Bila suaminya diluar rumah teringat
akan kebaikan akhlak isterinya dan layanan istimewa yang diterima dari
isteri yang tercinta.
contoh da'wah Baginda Nabi Muhammad SAW bisa berhasil karena didampingi istri yang Sholehah, Siti Khadijah yang rela berkorban jiwa dan harta untuk kepentingan syi'ar, yang kala itu Rasululloh SAW, masih sembunyi sembunyi dalam berda'wah Siti Khadijah berani untuk berjihad dalam mendukung suaminya tercinta.
Suksesnya seorang seuami tergantung siapa yang mendampingi.."dengan dukungan wanita yang sholeh, maka Insya Allah karir suamipun akan dengan sendirinya ikut terangkat."
Isteri yang solehah adalah wanita
yang beriman kepada Allah s.w.t. dan rukun-rukun Iman yang lain.
Mempunyai akhlak yang mulia, hati yang bersih daripada sifat-sifat
mazmumah, sentiasa melaksanakan tanggungjawabnya untuk memastikan
rumahtangga yang terbina adalah rumahtangga Islam (baitul Muslim). Semua
masa dan waktunya dipergunakan dengan sebaik-baiknya untuk mencari
keredhaan Allah SWT.
Acara dilanjutkan dengan "buka bersama dan sholat taraweh bersama.
Semoga kegiatan kegiatan positif ini bisa terus berlangsung disamping mempererat silaturahmi tentunya juga menambah nuansa hati dengan memaknai "pesantren".
Terima kasih Pak Eko Suprihatin beserta jajarannya atas kunjungannya..
Kamis, 23 Juni 2016
Home »
KEGIATAN
» KUNJUNGAN PAK EKO SUPRIHATIN GENERAL MANAGER PT BJAP I BESERTA STAFF KE PONDOK PESANTREN HIDAYATUS SAALIKIN
0 komentar:
Posting Komentar